17 July 2014

Baja Natural Farming (organic) DIY: Baja Ikan

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Sebelum ini Pekebun Sambilan (PS) ada membincangkan bagaimana untuk membuat Baja Kulit Kerang/Telur yang kaya dengan kalsium dan sesuai digunakan pada peringkat peralihan (tumbesaran ke berbunga) dan pada peringkat berbuah untuk memaniskan buah. Pada pos kali ini PS ingin membincangkan bagaimana untuk membuat Baja Ikan atau pun lebih dikenali sebahai Fish Emulsion atau Fish Amino Asid (FAA). 

Baja Ikan kaya dengan nitrogen. Nitrogen merupakan nutrient yang penting untuk tumbuhan dalam membantu proses tumbesaran. Jika anda biasa dengan term N-P-K iaitu singkatan bagi  nitrogen (N), phosphorus (P), dan potassium (K), Baja Ikan ini boleh manggantikan penggunaan baja kimia yang merbahaya kepada alam sekitar & manusia.FAA ini kaya dengan nitrogen dan ianya juga selamat kerana tiada bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan baja ini. Kadar N-P-K untuk Baja Ikan buatan sendiri ini ialah ~ 5-1-1 dan ianya juga kaya dengan micronutrients.

**PS minta maaf kerana tiada gambar untuk proses pembuatan Baja Ikan ini

Bahan-bahan:
  1. Ikan
  2. Gula Merah
  3. Sedikit air tanpa klorin
  4. Pengisar makanan - Blender
  5. Bekas untuk menyimpan

Cara membuatnya:
  1. Kisar ikan bersama sedikit air hingga ikan lumat - air hanya digunanakan untuk memudahkan kerja mengisar. Jika tiada pengisar, anda juga boleh potong ikan ke bentuk yang lebih kecil. Tujuan kita mengisar/potong ikan adalah supaya proses pereputan akan lebih cepat.
  2. Masukkan ikan yang telah lumat kedalam bekas simpanan dan masukkan gula merah dengan nisbah 1:1. Tutup bekas simpanan baja anda, kerana jika tidak ditutup lalat akan menjadikan larutan baja anda sebagai tempat untuk mencari makan & membiak. PS hanya gunakan bekas air miniral, tetapi tutupnya perlu dibuka sekali-sekala untuk mengeluarkan gas yang terbentuk dari tindakbalas microbes di dalam baja anda.
  3. Peram campuran ikan dan gula merah sehingga tiada bau busuk. Baja anda sedia digunakan bila tiada lagi bau yang tidak menyenangkan (bau ikan busuk) dari larutan anda. Bila baja anda telah siap, bau masam-masam manis akan terbentuk.
  4. Tapis larutan untuk mendapatkan baja.

Cara Guna:
  • 1 sudu teh (atau 4 ml) cecair baja untuk 4 liter air atau dicairkan pada nisbah 1:1000
    • Fasa Tumbesaran: Sembur atau siram pada pokok untuk membekalkan nitrogen dalam membantu pokok membesar. 
  • Digunakan sebagai foliar spray, semburan halus (mist) pada daun/buah pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan daun terbakar (leaf burn) dan untuk membolehkan masa yang mencukupi untuk penyerapan sebelum penyejatan daripada permukaan daun.

Antara baja DIY lain:

No comments:

Post a Comment