31 March 2014

Nak Beli Pokok Tin?

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html

Anda berminat dan ingin menanam pokok tin atau fig (dalam Bahasa omputeh), ataupun teringin untuk merasa buah tin segar. Pekebun Sambilan (PS) ada berita baik. Kini impian anda boleh jadi kenyataan kerana penanaman buah dari syurga ini amat sesuai untuk iklim kita di Malaysia, dan kini ramai kawan-kawan di luar sana yang telah berjaya menanam buah tin/fig di bumi Malaysia. 

Dalam post kali ini PS ingin menyentuh sedikit tentang buah tin/fig dan bagaimana anda boleh membeli tanaman ini, dan seterusnya menanam sendiri pokok tin di laman rumah/kebun anda.

Buah Tin

Di barat buah tin dikenali sebagai fig dan jika di negara jiran kita Indonesia ia lebih dikenali sebagai buah ara. Terdapat lebih kurang 4000 jenis (variety) buah tin yang ditanam di seluruh dunia, dan kebanyakannya ianya ditanam di Timur Tengah, Turki dan Mediterranean. Antara variety tin yang terkenal seperti Brown Turkey, Black Jack, Black Genoa, White Genoa dan Black Mission. Pokok tin/fig merupakan sejenis tumbuhan yang tahan kering (drought tolerant) dan memerlukan matahari penuh untuk menghasilkan kualiti buah yang baik. Oleh sebab itu pokok ini amat sesuai sekali ditanam di Malaysia dimana cuaca kita mempunyai lebih 10 jam sinaran matahari. 

Tidak seperti buah tin yang kebiasaannya terdapat di Malaysia, iaitu, buah tin kering, yang kita boleh dapati di kedai-kedai yg menjual kurma dan barangan dari timur tengah – ataupun semasa bulan Ramadan. Buah tin segar lebih enak (serta amat mengiurkan) dan mempunyai lebih banyak vitamin dan serat berbanding buah tin yang dikeringkan. Jika anda lihat Gambar 1 (Sumber: Internet), memanag jelas perbezaan yang anda dapat lihat, dimana buah tin segar (kiri) lebih juicy dan lembut jika dibandingkan dengan buah tin kering (kanan). 

Gambar 1: Buah Tin Segar / Kering (Sumber: Internet)

** Sekarang ni pun PS sedang mula berjinak-jinak dalam penanaman buah tin ini. PS akan berkongsi dengan kawan-kawan tentang pengalam PS dalam penanaman buah tin ini dari masa ke semasa.

Macam Mana Nak Beli???

Penanaman buah tin/fig di Malaysia masih baru, jadi benihnya agak terhad dan HOT ITEM!!. Jika anda betul-betul berminat untuk mendapatkan benih tin anda boleh ke Facebook "Pokok Tin ( Fig Plant ) Malaysia". Di sana anda boleh jumpa dengan penjual-penjual dari seluruh Malaysia yang ada menjual pokok buah tin.