18 November 2013

Bagaimana Untuk Membiakkan Herba

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html

 Membiakkan Herba Melalui Keratan / Potongan Batang

 
Secara khususnya Malaysia dan Asia Tenggara amnya, herba banyak digunakan di dalam masakan tradisional, barat ataupun fusion Asia/Barat. Daun kari, daun kesum, daun/rizom kuyit dan cekur acapkali dijadikan bahan perasa untuk melazatkan lagi masakan tradisional Melayu. Manakala rosemary, parsley, basil, oregano, mint dan tyhme seringkali dikaitkan dengan masakan yang berasal dari Mediterranean atau Barat. Sebagai Pekebun Sambilan (PS), pada mulanya saya agak tidak percaya bahawa herba-herba yang berasal dari Mediterranean ini boleh di taman di Malaysia. Tetapi setelah membaca info/artikel di laman sesawang, rupa-rupanya herba-herba barat ini memang amat sesuai di taman di bumi Malaysia kita!!.


Rosemary, parsley, basil, oregano, mint dan tyhme secara umumnya sukakan matahari penuh (full sun) dan ia amat sesuai untuk di taman dan dibiakkan di sini kerana cuaca kita ada 12 jam matahari penuh. Untuk entry kali ini, PS ingin berkongsi bagaimana untuk membiakkan (propagating) herba Mediterranean: rosemary, oregano, basil dan pudina/mint melalui cara keratan / potongan. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlukan: air kosong/paip, keratan herba yang ingin dibiakkan, bekas (untuk mengisi air dan keratan herba) dan yang paling penting, cahaya matahari.

Cara-caranya

  1. Pertama sekali anda perlukan keratan / potongan herba yang ingin anda biakkan. Anda boleh dapatkan keratan herba di pasar menjual sayur / pasaraya, ataupun dari pokok herba yang sudah matang. Panjang keratan lebih kurang 4 hingga ke 6 inci dan pastikan keratan pada batang yang masih muda bukan yang tua (batang keras). Kebiasanya PS dapatkan keratan dari pokok herba PS yang sudah matang. 
  2. Langkah kedua, buang semua daun dari batang dan tinggalkan hanya daun yang muda/baru sebelah atas.
  3. Seterusnya letakkan keratan herba anda ke dalam bekas air dan letakkannya pada tempat yang mempunyai cahaya matahari. PS hanya letakkan bersebelahan tingkap stor PS yg mendapat cahaya matahari pagi.
  4. Setelah keratan herba mengeluarkan akar, anda boleh pindahkannya kedalam pasu. Mengikut pengalaman PS, pudina dan oregano akan mengeluarkan akar jika direndam di dalam air (lebih kurang seminggu). Tetapi untuk rosemary dan basil PS hanya rendam selama seminngu dan terus pindahkannya ke dalam pasu (akar tidak keluar).
  5. Letakkan pasu ditempat yg redup, siram setiap hari hingga akar matang - pastikan tanah tidak kering untuk mengelakkan pokok mati.
  6. Setelah lebih kurang dua minggu dan akar sudah matang, anda bolehlah letakkan di bawah cahaya matahari.
* Rosemary tidak sukakan air banyak, ia akan mati, pastikan hanya menyiram 2 hari sekali, ataupun bila tanah kering.
* Pudina/oregano/basil siram sehari sekali dan pastikan tanah tidak menakung air.

Mudah bukan? Selamat mencuba!!



** PS = Pekebun Sambilan

2 November 2013

Salam Perkenalan Pekebun-Pekebun:

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Saya pekebun yang baru belajar berkebun untuk mengisi masa terluang hujung minggu. Untuk entry pertama ni saya hanya nak share antara gambar-gambar tanaman saya di kebun sekangkang-kera depan rumah. InsyaAllah next time saya akan cerita detail tentang tanaman-tanaman saya pula.

 Bawang Putih: Semai 7 biji, yang menjadi (setakat 2 Nov. 2013) sebiji sahaja

 Cekur berbunga

 Anak kesom baru semai

 Lemon Balm

 Pokok Kari

 Pudina/Papermint - batang purple

 Rosemary

Ulat Beluncas: Makan daun limau purut (moga menjadi rama-rama yang cun ye!!)

Terima kasih atas kunjungan. Sila datang lagi. :)