10 July 2014

Sayur: Supermarket vs. Tanam Sendiri

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Mengapa Pekebun Sambilan (PS) cuba untuk tanam sayuran sendiri. Antara sebabnya adalah kerana PS dapat memastikan bahawa sayuran yang ditanam tidak dicemari dengan racun. Lagi satu sebab kenapa PS menanam sendiri sayuran adalah kerana PS mahu memastikan sayuran yang ditanam menggunakan kaedah organik/natural. Sepertimana yang kita ketahui kebanyakan sayur yang dijual di pasar/kedai/supermarket di keluarkan oleh ladang kormesial kebiasaannya menggunakan baja (serta racun) kimia, ia bukan sahaja tidak elok kepada kesihatan kita, juga merosakkan ekosistem dunia ini. Sebagai contoh lebihan baja nitrogen yang mengalir ke dalam sungai/kolam akan menyebabkan peningkantan petumbuhan alga. Dan jika alga terlalu banyak di dalam sungai/kolam ia akan menyebabkan ikan serta makhluk aquatik lain mati akibat kekurangan oksigen dalam air.

Walaupun apa yang PS tanam di sekitar rumah tidak dapat menampung 100% keperluan sayur harian PS. Sekurang-kurangnya dapat juga PS mengurangkan kebergantungan sayur yang dibeli dari luar. Dalam artikel ini PS ingin berkongsikan dua keping gambar pudina (mint) milik PS dan yang PS ambil di salah sebuah supermarket.

Gambar 1: Pudina milik PS

Gambar 2: Pudina supermarket

Gambar 3: Pudina supermarket


"Picture is worth a thousand words". Anda boleh lihat sendiri perbezaan pudina dalam Gambar 1 dengan Gambar 2 & 3.

No comments:

Post a Comment