28 April 2014

Baja Natural Farming (organic) DIY: Baja Kulit Kerang/telur

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Baja kulit kerang atau telur kaya dengan kalsium dan phosporus. Baja ini juga dikenali sebagai CalPhos iaitu singkatan bagi calcium dan phosporus ataupun Water-soluble Calcium (WCA). Amat sesui digunakan semasa proses tumbesaran lebih-lebih lagi pada fasa peralihan kepada berbunga dan apabila buah sedang dalam proses tumbesaran (kecil ke matang). 

Bahan-bahan:
  1. Kulit Kerang/kulit telur
  2. Cuka asli (boleh juga gunakan cuka buatan) - Pekebun Sambilan (PS) guna cuka beras
  3. Bekas untuk menyimpan
Cara membuatnya:

  1. Bakar/goreng kulit kerang. PS masukkan semua kulit kerang dan kulit telur dalam oven bakar selama 1 jam. (** awas semasa proses pembakaran, baunya amat tidak menyenangkan hidung).
    Kulit kerang & telur akan menjadi rapuh setelah dibakar.
  2. Tumbuk kulit kerang dan telur, untuk menghancurkannya.
    Tumbuk kulit kerang
    Kulit kerang setelah ditumbuk
  3. Campurkan serbuk kulit kerang dan telur dengan cuka dengan nisbah 1:5.
    Nisbah tak betul, sebab cuka habis
  4. Peram campuran selama 20-30 hari.
  5. Tapis untuk dapatkan cecair baja.
Cara guna:
  • 1 sudu teh (atau 4 ml) cecair baja untuk 4 liter air atau dicairkan pada nisbah 1:1000
    • Fasa Peralihan: Sembur atau siram pada pokok supaya mendorong untuk berbunga, dan dapat menguatkan bunga.
    • Buah matang: Sembur atau siram pada buah/pokok supaya untuk menguatkan batang, daun, buah-buahan, dan untuk membuatkan buah menjadi lebih manis.  
  • Digunakan sebagai foliar spray, semburan halus (mist) pada daun/buah pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan daun terbakar (leaf burn) dan untuk membolehkan masa yang mencukupi untuk penyerapan sebelum penyejatan daripada permukaan daun.


    ** PS - Pekebun Sambilan 

    No comments:

    Post a Comment