Mungkin ramai kawan-kawan di luar sana yang masih tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membezakan antara Selasih dan Kemangi/Kemagi. Pada dasarnya kedua-dua pokok ini beasal dari spesis yang sama iaitu keluarga O. basilicum (sumber: Wikipedia). Oleh kerana kedua-dua pokok ini berasal dari keluarga yang sama, basil, kita boleh lihat banyak persamaan dari segi fizikal kedua-dua pokok ini, seperti bentuk keseluruhan pokok, bentuk daun & bunga dan warna. Walaupun secara kasarnya bentuk luaran tumbuhan ini hampir sama. Jika kena gayanya, amat mudah sekali kita dapat membezakannya. Bak kata pepatah Melayu, "Hanya jauhari yang mengenal manikam".
Dalam artikel untuk kali ini, Pekebun Sambilan (PS) akan lebih menumpukan kepada gambar. Bak kata omputeh "A picture is worth a thousand words". Mari kita lihat apakah beza kedua-dua tumbuhan ini.
Warna Bunga
Cara yang paling mudah untuk membezakan kedua-dua tumbukan ini adalah dengan melihat kepada bunga yang dihasilkan. Selasih: bunga warna ungu (kiri) dan Kenangi/Kemagi: bunga warna hijau (kanan). Mudah bukan? Lihat Gambar 1.Gambar 1: Warna Bunga |
Mungkin ada yang bertanya. "Tapi bagaimana pula jika pokok saya masih belum berbunga lagi PS?". Jangan risau kita lihat klu yang kedua pula, bentuk daun.
Bentuk & Struktur Daun
Warna DaunWarna daun juga boleh dijadikan petunjuk untuk membezakan Antara selasih dan kemangi. Daun selasih lebih kepada hijau tua, dan bagi kemangi pula warnanya kebih kepada hijau muda dan agak kekuningan. Gambar 2 menunjukkan perbezaan warna selasih (kiri), kemangi (kanan).
Gambar 2: Selasih (kiri) & Kemagi (kanan) |
Struktur Daun: Berbulu Halus
Untuk daun kemangi, stuktur daunnya agak berbulu jika dibandingkan dengan daun selasih. Rujuk Gambar 3. Dan jika diamati secara teliti keseluruhan pokok kemangi memiliki struktur berbulu, Gambar 1 juga menunjukkan bunga kemangi agak berbulu dibandingkan dengan bunga selasih.
Gambar 3: Kemangi (kiri) & Selasih (kanan) |
Struktur Daun: Urat
Merujuk kepada Gambar 4, ia menunjukkan urat daun selasih (kiri) lebih besar dan jelas jika dibandingkan dengan daun kemangi (kanan).
Gambar 4: Urat Daun |
Bentuk daun Selasih dan Kemangi seakan-akan sama, agak bergerigi, dan sukar untuk membezakannya. Tetapi jika dilihat dengan teliti daun kemangi lebih bergerigi jika dibandingkan dengan daun selasih. Gambar 2.
Tetapi daun selasih & kemagi tidaklah serbegerigi purple basil PS. Gambar 5.
Gambar 5: Purple Basil |
terima kasih atas penerangan ;)
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteKemangi lebih wangi n halus steuktur daun kalau d sentuh.
DeleteKemangi lebih wangi n halus steuktur daun kalau d sentuh.
DeleteNorlida Abdul Ghani, terima kasih untuk lebih pencerahan :)
DeleteAda benih kemangi tak?
ReplyDeleteTak de.. pokok kemagi dah lama tak tanam. Tapi kalau belih bayam malabar merah saya ada. Kalau berminat boleh bg tau.
DeleteSaya ade kemangi,beli dekat nursery
ReplyDeleteDi tempat saya agak susah untuk mencari benih/pokok kemangi..
DeleteAlhamdulillah. Tk atas info. Last week beli kemangi. Td buat keratan btg...semoga hidup
ReplyDeleteInsyaAllah, kemangi dan selasih memang mudah untuk dibiakkan melalui keratan batang
DeleteKata Nordin Ahmad, Daun Selasih dimakan Kuda..hee.hee..
ReplyDeleteTerima kasih, biasanya PS sendiri yg memakan daun selasih :)
Deletekalau nak buat pad krap paobuleh guna daun kemangi tak..
DeleteDari lagu Gurindam Jiwa-- Seniman Nordin Ahmad
ReplyDeleteBATANG SELASIH permainan budak,
DAUN SELASIH dimakan kuda,
Bercerai kasih talak tiada,
Seribu tahun kembali juga.
Sungguh berseni liriknya :)
Delete