Boleh ke tanam asparagus kat Malaysia?
Tahukah kita, bahawa pekebun di Malaysia terutama di Kundasang, Sabah yang telah lama menanam asparagus dan ianya berjaya serta dapat mengeluarkan hasil yang baik. Mungkin juga ada yang mengatakan bahawa Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi dan sejuk, tentulah sesuai untuk tanaman asparagus. Tapi bolehkah kita taman asparagus di kawasan tanah rendah dan panas seperti di Kuantan, KL, Alor Setar, Kuala Kubu Baharu dan secara amnya di Malaysia?
Melalui bacaan dan kajian PS (yang tak berapa kukuh LR nya), pokok asparagus juga sesuai untuk di taman pada cuaca tropika Malaysia. Dan jika kita tinjau di negara jiran kita, Indonesia, di sana mereka telah mengusahakan ladang-ladang asparagus dan terbukti ianya dapat meghasilkan rebung asparagus yang dapat di pasarkan untuk pasaran domestik mereka.
Jika anda Google "Asparagus Malaysia", anda akan jumpa banyak blog ataupun laman sesawang yang menceritakan kejayaan pekebun-pekebun sambilan mahupun pekebun pro dari negara kita Malaysia yang telah berjaya menanam pokok asparagus.
Macam-mana bentuk pokok asparagus?
PS percaya semua rakyat Malaysia pernah lihat dan tahu pokok buluh kan? Tak kesahlah buluh lemang, buluh madu atau buluh pagar. Struktur pokok asparagus mirip seperti pokok buluh, ia tumbuh menegak dan daunnya keluar dari ruas-ruas batang pokok. Bezanya pokok buluh boleh mencapai ketinggian 10-15 meter tinggi, tetapi untuk pokok asparagus hanya tumbuh sekitar 2 meter sahaja. Gambar di bawah merupakan pokok asparagus PS yang baru berumur 2 bulan di tanam atas tanah.
Pokok asparagus yang berumur 2 bulan. |
Bentuk daun seperti jejarum. |
Cabang akan rumbuh di sekitar ruas-ruas batang |
Daun pokok asparagus halus seperti jarum dan keluar bercabang diantara ruas-ruas batang pokok. Bergantung kepada umur dan jenis/baka pokok asparagus diameter batang pokok asparagus akan berbeza saiznya, kebiasaanya batang pokok sebesar ibu jari atau batang pensel akan menirus sehingga ke pucuk. Rujuk gambar di bawah untuk saiz batang pokok PS yang baru berumur 2 bulan (sudah sebesar batang pensel - bayangkan kira sudah berumur 2-3 tahun nanti)
Rebung asparagus PS yang bersaiz sebesar batang pencel |
Asparagus yang dekat market/pasar tu tak sama pun macam pokok asparagus?
Sama seperti buluh (buloh??), kita hanya makan rebungnya sahaja, batang buluh yang keras tu kita tak makan dan tak boleh makan, boleh patah gigi kalau kita kekah batang buluh tu! Asparagus pun sama, kita hanya ambil rebung atau sulur mudanya sahaja sebagai makanan. Jika lambat diambil rebungnya atau sulur muda, ia akan jadi batang atau pokok yang keras dan tidak boleh di makan lagi. Sila bezakan rebung asparagus PS dan asparagus yang selalu kita lihar kat pasar, sama tak?
Sumber [https://www.tasteloveandnourish.com] |
Mana nak dapat benih atau pokok asparagus?
Buat masa sekarang (September 2019), memang agak sukar untuk mendapatkan pokok asparagus dipasaran Malaysia, tetapi tidaklah mustahil untuk mendapatkannya. Anak pokok asparagus pertama PS dapatkan di nursery biasa sahaja yang menjual anak-anak pokok dan bunga-bungaan. PS beli anak pokok asparagus pada harga RM 15 se-pasu.
PS juga ada terjumpa anak pokok asparagus yg di jual di pasar tani sekitar Kuantan, Pahang. PS juga pernah jumpa anak pokok asparagus di pasaraya TES*O di ibu kota. Anda juga boleh beli crown (akar) asparagus di pasar atas-talian (online shoping), sekarang sudah ramai orang Malaysia yang menjual anak pokok atau crown asparagus secara atas-talian.
**Cuma pesanan PS untuk yang beli atas talian kena berhati-hati takut-takut apa yang diiklankan tidak sama seperti apa yang bakal dapat nanti. Dan kepada penjual atas-talian, bersikap jujurlah ketika menjual barangan anda.
Anda juga boleh dapatkan biji benih asparagus dan semai sendiri untuk lebih penjimatan!! - yang penting anda kene tahu cara yang betul dalam menyemai biji asparagus.
Apa kelayakan PS untuk tulis artikel pasal asparagus ni, pandai sangat ke?
Sebenarnya PS pun baru saja berjinak-jinak dalam penanaman asparagus ni, setakat artikel ini ditulis, PS baru je 2 bulan (ya dua bulan bukan dua tahun) tanam asparagus, tak tahula boleh hidup ke tidak. Setidak-tidaknya PS ingin memberi semangat kepada pekebun-pekebun sambilan sekalian untuk terus mencuba benda baharu, kalau tak cuba kita tak tahu.
Insya-Allah dari masa ke semasa PS akan update perkembangan pokok asparagus PS dan juga perkembangan kebun sekangkan kera PS. Marilah kita mengHIJAUkan bumi ini. Selamat berkebun semua!!
** PART 2 : Perkembangan Pokok Asparagus PS.
Saya suka penulisan & keterangan anda.
ReplyDeleteTerima kasih Fie A :)
DeleteBoleh share perkembangan pokok asparagus PS.
ReplyDeleteOK, dalam masa terdekat saya akan update perkembangan asparagus saya.
DeleteAsparagus diMalaysia kena tanam bawah shade atau direct sun?
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteSaya taman "Direct Sunlight", tak ade shade
DeleteBoleh share perkembangan pokok asparagus PS.
ReplyDeleteBoleh share perkembangan pokok asparagus PS.
ReplyDeleteasparagus diyakini banyak hkasiat terutamanya agen anti kanser... Di Sabah sayuran ini jarang di usahakan, saya mengusahakan asparagus jenis mary washington sejak 6 tahun lalu. Harga pasaran bagi asparagus jenis ini sekitar rm60-70/kg.
ReplyDeletebagi pembaca di Sabah...berminat belajar boleh la tengo di FB saya volintine jiloh vjiloh. Yang baik kita kongsi bersama.
ReplyDelete