15 August 2014

Keledek

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html

Sebenarnya Pekebun Sambilan (PS) ter"tanam" keledek ni secara tak sengaja. PS terjumpa pucuk keledek yang dah matang dalam tong kompos, ada keratan keledek yang dicampak kedalam kompos dan hidup sendiri. Sebab sayang nak buang pucuk keledek (yang dalam tong kompos), PS tanam just letakkan atas tanah, dan PS memang tak sangka pucuk keledek yang sepatutnya dikompos itu, hidup dengan segar-bugar tampa ada penjagaan lansung. PS tak pernah siram atau baja pokok keledek ni. Tapi hasilnya amat memeranjatkan (lihat gambar). Mungkin disebabkan oleh faktor pangkal pokok ini terletak betul-betul berhampiran dengan tong kompos PS, jadi, bila hujan compost tea yang mengalir dari tong kompos terus memberikan baja kepada pokok keledek ini. Alhamdulillah, walaupun PS tidak pernah menyiram pokok keledek ini, pokok ini dapat bertahan dengan kemarau yang melanda baru-baru ini.

Pokok Keledek, tong kompos (raga baju & tudu saji)

Setekat post ini ditulis, PS masih lagi tidak dapat memastikan apakah jenis keledek yang ter"tanam". Ia hanya dapat dipastikan bila PS harvest ubinya nanti. Berdasarkan warna daunnya, kemungkinan besar ia daripada jenis keledek unggu atau keledek jepun. Mengikut sejarah pembelian keledek oleh PS, PS hanya membeli keledek jepun untuk dibakar bersama minyak zaitun dan lada hitam. Atau kemungkinan juga ini merupakan keledek jepun (mini) pemberian dari adik PS yang bekerja di Cameron Highland ketika datang melawat ke teratak PS seketika dahulu. InsyaAllah, PS akan update jenis keledek ter"tanam" ini selepas PS harvest ubinya. Buat masa ini mungkin PS akan ambil pucuknya untuk disayur.

Daun yang besar dan gebu (Walaupun tak pernah disiram)

Unggu warna pucuknya

Urat dan batang juga unggu

Pangkal pokok berdekatan dengan tong kompos (raga baju)

p/s: Terima kasih rakan-rakan FB, Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri, atas perkongsian ilmu mengenalpasti pokok keledek ini.

No comments:

Post a Comment