9 May 2014

Pegaga Sebagai Tonik Otak


Gambar 1: Pegaga Kampong & Pegaga Gajah di Kampong Penulis
Gotu kola adalah antara nama lain bagi Pegaga. Pegaga merupakan tanaman merayap yang sering dijadikan sebagai ulam dan ianya juga sering dijadikan sebagai penghias taman atau laman. Jika di kampong-kampong, pokok pegaga kebiasaanya dibiarkan merayap di tanah dan ia merupakan tumbuhan yang galak pembiakannya.

Mengikut petua orang tua-tua, jika kita mahu kelihatan muda (awet muda), amalkan pemakanan  pegaga sebagai ulam dalam diet harian. Ia telah pun dibuktikan dengan kajian sains yang menunjukkan bahawa pegaga mengandugi kira-kira 10% fenol, yang merupakan antioksidan yang menyokong ciri-ciri anti-penuaan. Bijak orang tua-tua kita. Tetapi tahukah anda, pegaga juga sebenarnya berpotensi menjadi vitamin untuk minda. Di India, pengamal perubatan Ayurveda, serta pelajar mempercayai bahawa pegaga dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.

Kajian moden menunjukkan pegaga kaya dengan vitamin A, B, E, K dan miniral, ia juga mengandungi bahan kimia semula jadi yang dikenali sebagai triterpenoids, penyelidik mendapati bahawa triterpenoids dapat membantu untuk mengurangkan kebimbangan dan dapat meningkatkan fungsi mental/kongnitif. Dengan mengamalkan diet pegaga ia dikatakan dapat meningkatkan peredaran darah ke otak, seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.

Gambar 2: Keratan Rentas Otak Manusia [(Sumber: Internet)] dan Daun Pegaga Kampong


Jika diperhatikan bentuk umum daun pegaga (bergantung kepada jenis) hampir menyerupai seperti keratan otak manusia. Lihat Gambar 2. Mengikit  kajian, didapati bahawa herba, sayuran atau buah-buahan yang mirip kepada bentuk organ/tubuh manusia mempunyai khasiat yang penting untuk organ/tubuh tersebut. Contohnya kacang walnut yang menyerupai bentuk otak amat baik untuk meransang perkembangan otak kerana mempunyai omega-3 fatty asid yang tinggi, begitu juga dengan (keratan rentas) lobak merah yang menyerupai mata, telah lama dibuktikan baik untuk deria penglihatan kita kerana mempunyai vitamin A yang tinggi


Gambar 3: Pegaga Kampong (kiri) & Pegaga Gajah (kanan)
Setiap penyakit pasti ada ubatnya, Allah S.W.A menyediakan ubat untuk segala penyakit yang diturunkan olehNya. Terpulanglah kepada kita sebagai hambanya untuk mencari penyembuhan untuk satu-satu penyakit yang kita hadapi. Dan Allah S.W.A juga maha adil, untuk setip penyakit bukan hanya satu altenatif ubat sahaja yang ada, tetapi banyak pilihannya. Antara ubatan herba untuk penyakit lemah daya ingatan yang diketahui Penulis ialah:
  • Ginkgo biloba
  • Rosemary
  • Sage
  • Ginseng
Jika dilihat dari senarai herba di atas, hampir setiap benua mempunyai tumbuhan yang baik untuk perkembangan otak, ginkgo biloba untuk negara empat musim - Eropah, rosemary dan sage banyak di benua Eropah & Amerika, ginseng di China/Asia dan kita di Asia khususnya di Malaysia, pegaga!! Di Malaysia, kita boleh menfaatkan pegaga sebagai tumbuhan/sayuran yang bukan sahaja lazat tetapi juga berkhasiat, terutamanya sebagai makanan tambahan untuk otak dan awet muda!


No comments:

Post a Comment