20 August 2014

Buah Sulong Pokok Tin Green UK




Alhamdulillah, syukur kepala Allah, salah satu pokok tin Pekebun Sambilan (PS) telah mengeluarkan putik buah, dan melalui pembacaan PS, tempoh untuk matang buah tin/fig sekitar tiga bulan. Tapi apa yang agak mengejutkan adalah pokok yang berbuah ini disemai dari biji benih. Mengikut teori, pokok yang ditanam melalui biji benih hanya akan berbuah selepas dua tahun atau lebih setelah disemai. Tetapi dengan kuasa Allah pokok tin/fig PS berbuah selepas setahun disemai. Ia berbeza dengan pokok yang ditanam melalui kaedah keratan batang ataupun tut (air layering ataupun marcotting), pokok akan lebih cepat berbuah - secara teorinya. Setakat ini semua fig PS dari keratan batang dan tut masih lagi belum mengeluarkan putik buah.


Mungkin ada yang bertanya bagaimana PS menjaganya apakah baja yang digunakan?PS jaga pokok ini (tin) seperti PS jaga semua pokok-pokok yang lain. PS akan siram seperti biasa (ikut mood, kalau rajin selalu siram - sehari sekali, kalau kurang rajin - sampai daun pokok kering sedikit). Untuk pembajaan pula, sepertimana yang PS selalu post dalam blog ini, PS TAK AKAN GUNA baja kimia utuk semua pokok-pokok (herbs, tin, dan sebagainya) dalam penjagaan PS. Semua baja yang digunakan merupakan baja-baja organik yang dibeli ataupun dibuat sendiri (homemade, DIY). Antara baja yang PS guna untuk pokok tin ini adalah Fish Amino asid/Baja Ikan, Water Soluble Calcium/Baja Kulit Telur & Kerang, Fermented Plant Juice/Baja Buah yang PS buat sendiri, PS juga gunakan baja tahi ayam yang dibeli dari nursery. Tidak lupa juga PS gunakan kompos, juga homemade sebagai mulch.


Manakala untuk kawalan serangga perosak pula PS tidak pernah lagi menggunakan apa jenis kaedah pengawalan serangga kerana pokok tin/fig ini tidak pernah diserang oleh serangga perosak, Alhamdulillah.





p/s: Pokok tin green UK ini merupakan pemberian salah seorang rakan PS. Pokok induk Green UK ini ditanam oleh rakan PS sendiri pada Julai 2013, dari benih dibeli dari luar negara, United Kingdom aka. UK. Umur induk baru setahun (setakat post ini). Pokok dalam jagaan PS merupakan pokok yang ditanam melalui kaedah keratan batang dari pokok induk Green UK di atas (umur pokok: 6 bulan - pada Ogos 2014). Pokok mula mengeluarkam putik pada Ogos 2014/Syawal 1435.

 https://www.facebook.com/groups/PTFGM/280727982128890/?notif_t=group_comment

4 comments:

  1. Assalam singgah
    Macam best ja pokok ni ..nikmat tengok bertunas dan berbuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih singgah. Alhamdulillah rezki Allah beri.

      Delete
  2. Tahniah PS.harap boleh bertandang ke kebun Ps suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. PS tak de kebun pun, nama pun pekebun sambilan, tanam sebagai hobi masa lapang je :)

      Delete