Untuk artikel kali ini Pekebun Sambilan (PS) akan membincangkan tentang baja, khususnya berkenaan "terlebih baja" atau "over fetilizer" adalah ianya baik untuk tanaman kita atau sebaliknya. Tidak dinafikan baja merupakan elemen yang penting bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Kekurangan nutrient yang berpunca dari penggunaan baja yang tidak seperti yang disarankan, akan mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut.
Melalui pengalaman PS (PS bukanlah seorang botanist apatahlagi graduan pertanian), terlebih baja kususnya Nitrogen pada tanaman anda akan mengakibatkan kesan terbakar pada daun, lihat Gambar 1. Perkara ini terjadi pada pokok tin PS, akibat terlebih dos sukatan baja tahi ayam. Jika dilihat dari gambar, kesan seakan-akan terbakar dapat dilihat pada bahagian daun muda. Walaupun baja tahi ayam dikasifikasikan sebagai baja organik, berlebihan dalam penggunaanya tetap memudaratkan.
Gambar 1: Daun yang terbakar akibat terlebih baja nitrogen. |
Sepertimana yang kita semua tahu calcium merupakan satu trace eliment yang penting semasa proses tumbesaran lebih-lebih lagi pada fasa peralihan kepada berbunga dan apabila buah sedang dalam proses tumbesaran (kecil ke matang).Semburan Wiater-soluble Calcium (WCA) boleh menguatkan bunga seterusnya ia juga boleh membuatkan buah kita menjadi lebih manis. Tetapi AWAS jika kita terlebih rajin menggunakan semburan WCA ini, pokok kita boleh mati akibat keracunan calcium. Tanda-tanda keracunan calciaum adalah daun pokok akan kelihatan agak kekuningan. Perkara ini juga pernah terjadi pada PS akibat terlebih rajin menyembur DIY WCA - dengan kekerapan setiap sehari selama seminggu. Daun pokok tin PS menjadi seakan-akan hijau kekuning-kuningan. Dan setelah di Google barulah PS tahu, bahawa pokok tin PS terlebih calcium.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Pokok Terlebih Baja
Jika anda menyedari anda terlebih baja tanaman anda, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah anda perlu menghentikan sama sekali penggunaan baja terhadap tanaman anda. Kedua, kenal pasti simptom-simptom penyebab ia berlaku. Simptom untuk setiap keracunan adalah berbeza. Anda boleh tanye pakar, atau Google untuk mengetahui sebab dan simptom. Sebagai contoh mengikut pengalaman PS, terlebih nitrogen daun akan kelihatan seperti terbakar dan jika terlebih calcium daun menjadi agak kekuningan. Ketiga, buang saki-baki baja yang masih ada dan anda perlu menyiram tanaman anda untuk menghilangkan baja yang telah menyerap kedalam tanah, tapi awas jangan sampai tanaman anda lemas kerana terlebih siram. Anda perlu berhati-hati bak kata pepatah tarik benang dalam tepung, benang jangan sampai putus, tepung jangan berselerak. Akhir sekali bersabar dan berdoalah supaya tanaman anda pulih seperti sedia-kala.
Bagaimna cara utk merawatnya. Bole PS specifikan caranya. Pokok bunga sy terlebih baja tahi ayam...br terperasan ms repotting baru2 nih saya letak dlam segengam la jgk pada base tanahnya
ReplyDeleteMaaf lewat balas, lama tak buka blog - selalunya PS akan buang semua saki baki baja, serta tanah yang terkena baja, lepas itu siram pokok dengan air yang banyak. Hati-hati jangan sampai pokok lemas.
ReplyDeletesaya punya pokok terletak baja lebih daun dua daha layu macam mane ye
ReplyDelete