20 August 2014

Buah Sulong Pokok Tin Green UK




Alhamdulillah, syukur kepala Allah, salah satu pokok tin Pekebun Sambilan (PS) telah mengeluarkan putik buah, dan melalui pembacaan PS, tempoh untuk matang buah tin/fig sekitar tiga bulan. Tapi apa yang agak mengejutkan adalah pokok yang berbuah ini disemai dari biji benih. Mengikut teori, pokok yang ditanam melalui biji benih hanya akan berbuah selepas dua tahun atau lebih setelah disemai. Tetapi dengan kuasa Allah pokok tin/fig PS berbuah selepas setahun disemai. Ia berbeza dengan pokok yang ditanam melalui kaedah keratan batang ataupun tut (air layering ataupun marcotting), pokok akan lebih cepat berbuah - secara teorinya. Setakat ini semua fig PS dari keratan batang dan tut masih lagi belum mengeluarkan putik buah.


Mungkin ada yang bertanya bagaimana PS menjaganya apakah baja yang digunakan?PS jaga pokok ini (tin) seperti PS jaga semua pokok-pokok yang lain. PS akan siram seperti biasa (ikut mood, kalau rajin selalu siram - sehari sekali, kalau kurang rajin - sampai daun pokok kering sedikit). Untuk pembajaan pula, sepertimana yang PS selalu post dalam blog ini, PS TAK AKAN GUNA baja kimia utuk semua pokok-pokok (herbs, tin, dan sebagainya) dalam penjagaan PS. Semua baja yang digunakan merupakan baja-baja organik yang dibeli ataupun dibuat sendiri (homemade, DIY). Antara baja yang PS guna untuk pokok tin ini adalah Fish Amino asid/Baja Ikan, Water Soluble Calcium/Baja Kulit Telur & Kerang, Fermented Plant Juice/Baja Buah yang PS buat sendiri, PS juga gunakan baja tahi ayam yang dibeli dari nursery. Tidak lupa juga PS gunakan kompos, juga homemade sebagai mulch.


Manakala untuk kawalan serangga perosak pula PS tidak pernah lagi menggunakan apa jenis kaedah pengawalan serangga kerana pokok tin/fig ini tidak pernah diserang oleh serangga perosak, Alhamdulillah.





p/s: Pokok tin green UK ini merupakan pemberian salah seorang rakan PS. Pokok induk Green UK ini ditanam oleh rakan PS sendiri pada Julai 2013, dari benih dibeli dari luar negara, United Kingdom aka. UK. Umur induk baru setahun (setakat post ini). Pokok dalam jagaan PS merupakan pokok yang ditanam melalui kaedah keratan batang dari pokok induk Green UK di atas (umur pokok: 6 bulan - pada Ogos 2014). Pokok mula mengeluarkam putik pada Ogos 2014/Syawal 1435.

 https://www.facebook.com/groups/PTFGM/280727982128890/?notif_t=group_comment

15 August 2014

Keledek

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html

Sebenarnya Pekebun Sambilan (PS) ter"tanam" keledek ni secara tak sengaja. PS terjumpa pucuk keledek yang dah matang dalam tong kompos, ada keratan keledek yang dicampak kedalam kompos dan hidup sendiri. Sebab sayang nak buang pucuk keledek (yang dalam tong kompos), PS tanam just letakkan atas tanah, dan PS memang tak sangka pucuk keledek yang sepatutnya dikompos itu, hidup dengan segar-bugar tampa ada penjagaan lansung. PS tak pernah siram atau baja pokok keledek ni. Tapi hasilnya amat memeranjatkan (lihat gambar). Mungkin disebabkan oleh faktor pangkal pokok ini terletak betul-betul berhampiran dengan tong kompos PS, jadi, bila hujan compost tea yang mengalir dari tong kompos terus memberikan baja kepada pokok keledek ini. Alhamdulillah, walaupun PS tidak pernah menyiram pokok keledek ini, pokok ini dapat bertahan dengan kemarau yang melanda baru-baru ini.

Pokok Keledek, tong kompos (raga baju & tudu saji)

Setekat post ini ditulis, PS masih lagi tidak dapat memastikan apakah jenis keledek yang ter"tanam". Ia hanya dapat dipastikan bila PS harvest ubinya nanti. Berdasarkan warna daunnya, kemungkinan besar ia daripada jenis keledek unggu atau keledek jepun. Mengikut sejarah pembelian keledek oleh PS, PS hanya membeli keledek jepun untuk dibakar bersama minyak zaitun dan lada hitam. Atau kemungkinan juga ini merupakan keledek jepun (mini) pemberian dari adik PS yang bekerja di Cameron Highland ketika datang melawat ke teratak PS seketika dahulu. InsyaAllah, PS akan update jenis keledek ter"tanam" ini selepas PS harvest ubinya. Buat masa ini mungkin PS akan ambil pucuknya untuk disayur.

Daun yang besar dan gebu (Walaupun tak pernah disiram)

Unggu warna pucuknya

Urat dan batang juga unggu

Pangkal pokok berdekatan dengan tong kompos (raga baju)

p/s: Terima kasih rakan-rakan FB, Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri, atas perkongsian ilmu mengenalpasti pokok keledek ini.

1 August 2014

Koleksi Pokok Tin (Fig)

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html

Selepas hampir tiga bulan lebih Pekebun Sambilan (PS) berkecimpung dalam penanaman tin (fig) kini koleksi tin PS telah bertambah dari hanya satu jenis kepada lima jenis. Black Jack, Green Jordan, Purple Jordan, Violette de Bordeaux (VdB) aka. Negronne dan Taiwan Golden Fig (TGF). Melalui pembacaan PS, VdB merupakan antara best tasting fig. Manakala TGF pula merupakan antara jenis tin yang sesuai ditanam bagi iklim Malaysia. Walau bagaimanapun semua pokok-pokok tin PS masih belum mengeluarkan buah. Berikut adalah gambar koleksi pokok tin PS yang baru.

Violette de Bordeaux/Negronne
Taiwan Golden Fig


17 July 2014

Baja Natural Farming (organic) DIY: Baja Ikan

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Sebelum ini Pekebun Sambilan (PS) ada membincangkan bagaimana untuk membuat Baja Kulit Kerang/Telur yang kaya dengan kalsium dan sesuai digunakan pada peringkat peralihan (tumbesaran ke berbunga) dan pada peringkat berbuah untuk memaniskan buah. Pada pos kali ini PS ingin membincangkan bagaimana untuk membuat Baja Ikan atau pun lebih dikenali sebahai Fish Emulsion atau Fish Amino Asid (FAA). 

Baja Ikan kaya dengan nitrogen. Nitrogen merupakan nutrient yang penting untuk tumbuhan dalam membantu proses tumbesaran. Jika anda biasa dengan term N-P-K iaitu singkatan bagi  nitrogen (N), phosphorus (P), dan potassium (K), Baja Ikan ini boleh manggantikan penggunaan baja kimia yang merbahaya kepada alam sekitar & manusia.FAA ini kaya dengan nitrogen dan ianya juga selamat kerana tiada bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan baja ini. Kadar N-P-K untuk Baja Ikan buatan sendiri ini ialah ~ 5-1-1 dan ianya juga kaya dengan micronutrients.

**PS minta maaf kerana tiada gambar untuk proses pembuatan Baja Ikan ini

Bahan-bahan:
  1. Ikan
  2. Gula Merah
  3. Sedikit air tanpa klorin
  4. Pengisar makanan - Blender
  5. Bekas untuk menyimpan

Cara membuatnya:
  1. Kisar ikan bersama sedikit air hingga ikan lumat - air hanya digunanakan untuk memudahkan kerja mengisar. Jika tiada pengisar, anda juga boleh potong ikan ke bentuk yang lebih kecil. Tujuan kita mengisar/potong ikan adalah supaya proses pereputan akan lebih cepat.
  2. Masukkan ikan yang telah lumat kedalam bekas simpanan dan masukkan gula merah dengan nisbah 1:1. Tutup bekas simpanan baja anda, kerana jika tidak ditutup lalat akan menjadikan larutan baja anda sebagai tempat untuk mencari makan & membiak. PS hanya gunakan bekas air miniral, tetapi tutupnya perlu dibuka sekali-sekala untuk mengeluarkan gas yang terbentuk dari tindakbalas microbes di dalam baja anda.
  3. Peram campuran ikan dan gula merah sehingga tiada bau busuk. Baja anda sedia digunakan bila tiada lagi bau yang tidak menyenangkan (bau ikan busuk) dari larutan anda. Bila baja anda telah siap, bau masam-masam manis akan terbentuk.
  4. Tapis larutan untuk mendapatkan baja.

Cara Guna:
  • 1 sudu teh (atau 4 ml) cecair baja untuk 4 liter air atau dicairkan pada nisbah 1:1000
    • Fasa Tumbesaran: Sembur atau siram pada pokok untuk membekalkan nitrogen dalam membantu pokok membesar. 
  • Digunakan sebagai foliar spray, semburan halus (mist) pada daun/buah pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan daun terbakar (leaf burn) dan untuk membolehkan masa yang mencukupi untuk penyerapan sebelum penyejatan daripada permukaan daun.

Antara baja DIY lain:

10 July 2014

Sayur: Supermarket vs. Tanam Sendiri

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Mengapa Pekebun Sambilan (PS) cuba untuk tanam sayuran sendiri. Antara sebabnya adalah kerana PS dapat memastikan bahawa sayuran yang ditanam tidak dicemari dengan racun. Lagi satu sebab kenapa PS menanam sendiri sayuran adalah kerana PS mahu memastikan sayuran yang ditanam menggunakan kaedah organik/natural. Sepertimana yang kita ketahui kebanyakan sayur yang dijual di pasar/kedai/supermarket di keluarkan oleh ladang kormesial kebiasaannya menggunakan baja (serta racun) kimia, ia bukan sahaja tidak elok kepada kesihatan kita, juga merosakkan ekosistem dunia ini. Sebagai contoh lebihan baja nitrogen yang mengalir ke dalam sungai/kolam akan menyebabkan peningkantan petumbuhan alga. Dan jika alga terlalu banyak di dalam sungai/kolam ia akan menyebabkan ikan serta makhluk aquatik lain mati akibat kekurangan oksigen dalam air.

Walaupun apa yang PS tanam di sekitar rumah tidak dapat menampung 100% keperluan sayur harian PS. Sekurang-kurangnya dapat juga PS mengurangkan kebergantungan sayur yang dibeli dari luar. Dalam artikel ini PS ingin berkongsikan dua keping gambar pudina (mint) milik PS dan yang PS ambil di salah sebuah supermarket.

Gambar 1: Pudina milik PS

Gambar 2: Pudina supermarket

Gambar 3: Pudina supermarket


"Picture is worth a thousand words". Anda boleh lihat sendiri perbezaan pudina dalam Gambar 1 dengan Gambar 2 & 3.

5 June 2014

Resepi Ketam Bakar Simple

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Bahan-bahan:
  1. Ketam - kalau boleh cari ketam yang beratnya lebih dari 400gram
  2. Daun kari - secukup rasa
  3. Bawang merah- secukup rasa
  4. Pemanggang Ajaib

Cara masak:
  1. Bersihkan ketam. 
  2. Masukkan ketam, daun kari dan bawang merah kedalam pemanggang ajaib. Bakar selama 10 minit. 
 
Mudah bukan? dan ianya juga murah!! Jika kita pergi ke restoran makanan laut, sepinggan ketam bakar (sebesar dalam Gambar 1 & 2) mungkin mencecah sehingga RM20-30 atau lebih sepinggan. Anggaran kasar untuk Ketam Bakar Simple Pekebun Sambilan (PS) ni tak cecah RM10 ringgit pun. Ketam 400++gram kat bawah tu lebih kurang RM9+- seekor (1kg = RM24). Daun kari FREE, ambik kat kebun. Bawang merah sebiji tak sampai 20 posen. 

Mengikut pengalaman PS. Gabungan daun kari dengan ketam bakar amat cocok sekali. Tak perlu tambah bahan-bahan lain (lagi banyak daun kari lagi kuat aroma ketam bakar anda).

Selamat mencuba!.



Gambar 1: Sebelum

Gambar 2: Selepas

** Sila abaikan udang dan petai dalam gambar di atas.

28 May 2014

DIY Racun Serangga Perosak Organik 1

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Bahan-bahan:
  1. 1.5 liter Air
  2. 1 sudu minyak masak
  3. 1 sudu larutan sabun cuci
  4. Bekas

Cara buat:
  • Campur semua bahan 1, 2 dan 3  ke dalam bekas dan biarkan ia sebati (goncang/kacau).

Cara guna:
  • Sembur larutan pada serangga perosak. 

Mengikut pengalaman Pekebun Sambilan (PS) serangga hitam, lihat Gambar 1&2, dan bena putih (white aphid) akan mati jika larutan ini digunakan - pastikan larutan ini terkena pada badan serangga. Tetapi serangga bertanduk ataupun lace bug, lihat Gambar 3, tidak terkesan dengan larutan ini.

Semua serangga ini telah memakan/merosakkan pokok basil, oregano, rosemary dan pudina (mint) PS. Agak high taste juga serangga-serangga ini, hanya makan Mediterranean herbs sahaja nampaknya :)

Gambar 1: Serangga Hitam di daun oregano dan pudina

Gambar 2: Serangga Hitam - tidak tahu nama

Gambar 3: Serangga Bertanduk ataupun Lace Bug Pada Daun Pudina 


9 May 2014

Pegaga Sebagai Tonik Otak


Gambar 1: Pegaga Kampong & Pegaga Gajah di Kampong Penulis
Gotu kola adalah antara nama lain bagi Pegaga. Pegaga merupakan tanaman merayap yang sering dijadikan sebagai ulam dan ianya juga sering dijadikan sebagai penghias taman atau laman. Jika di kampong-kampong, pokok pegaga kebiasaanya dibiarkan merayap di tanah dan ia merupakan tumbuhan yang galak pembiakannya.

Mengikut petua orang tua-tua, jika kita mahu kelihatan muda (awet muda), amalkan pemakanan  pegaga sebagai ulam dalam diet harian. Ia telah pun dibuktikan dengan kajian sains yang menunjukkan bahawa pegaga mengandugi kira-kira 10% fenol, yang merupakan antioksidan yang menyokong ciri-ciri anti-penuaan. Bijak orang tua-tua kita. Tetapi tahukah anda, pegaga juga sebenarnya berpotensi menjadi vitamin untuk minda. Di India, pengamal perubatan Ayurveda, serta pelajar mempercayai bahawa pegaga dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.

Kajian moden menunjukkan pegaga kaya dengan vitamin A, B, E, K dan miniral, ia juga mengandungi bahan kimia semula jadi yang dikenali sebagai triterpenoids, penyelidik mendapati bahawa triterpenoids dapat membantu untuk mengurangkan kebimbangan dan dapat meningkatkan fungsi mental/kongnitif. Dengan mengamalkan diet pegaga ia dikatakan dapat meningkatkan peredaran darah ke otak, seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.

Gambar 2: Keratan Rentas Otak Manusia [(Sumber: Internet)] dan Daun Pegaga Kampong


Jika diperhatikan bentuk umum daun pegaga (bergantung kepada jenis) hampir menyerupai seperti keratan otak manusia. Lihat Gambar 2. Mengikit  kajian, didapati bahawa herba, sayuran atau buah-buahan yang mirip kepada bentuk organ/tubuh manusia mempunyai khasiat yang penting untuk organ/tubuh tersebut. Contohnya kacang walnut yang menyerupai bentuk otak amat baik untuk meransang perkembangan otak kerana mempunyai omega-3 fatty asid yang tinggi, begitu juga dengan (keratan rentas) lobak merah yang menyerupai mata, telah lama dibuktikan baik untuk deria penglihatan kita kerana mempunyai vitamin A yang tinggi


Gambar 3: Pegaga Kampong (kiri) & Pegaga Gajah (kanan)
Setiap penyakit pasti ada ubatnya, Allah S.W.A menyediakan ubat untuk segala penyakit yang diturunkan olehNya. Terpulanglah kepada kita sebagai hambanya untuk mencari penyembuhan untuk satu-satu penyakit yang kita hadapi. Dan Allah S.W.A juga maha adil, untuk setip penyakit bukan hanya satu altenatif ubat sahaja yang ada, tetapi banyak pilihannya. Antara ubatan herba untuk penyakit lemah daya ingatan yang diketahui Penulis ialah:
  • Ginkgo biloba
  • Rosemary
  • Sage
  • Ginseng
Jika dilihat dari senarai herba di atas, hampir setiap benua mempunyai tumbuhan yang baik untuk perkembangan otak, ginkgo biloba untuk negara empat musim - Eropah, rosemary dan sage banyak di benua Eropah & Amerika, ginseng di China/Asia dan kita di Asia khususnya di Malaysia, pegaga!! Di Malaysia, kita boleh menfaatkan pegaga sebagai tumbuhan/sayuran yang bukan sahaja lazat tetapi juga berkhasiat, terutamanya sebagai makanan tambahan untuk otak dan awet muda!


8 May 2014

Pokok Tin - Black Jack Fig

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html

Perkembangan pokok tin jenis black jack Pekebun Sambilan (PS) yang dibeli pada awal April 2013. Dalam masa sebulan pertumbuhannya amat menggalakkan. PS menggunakan baja tinja ayam (beli), baja ikan aka fish emulsion fertilizer (home made) dan kompos (home made). Gambar di bawah menunjukkan perkembangan pokok black jack fig PS.

Gambar diambil pada 4 April 2013 (kiri) vs. 8 May 2013 (kanan).

Antara koleksi pokok tin PS ialah jenis green jordan dan purple jordan. Mungkin pada entri akan datang PS akan berkongsi lagi dengan fig PS yang lain.


28 April 2014

Baja Natural Farming (organic) DIY: Baja Kulit Kerang/telur

http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html


Baja kulit kerang atau telur kaya dengan kalsium dan phosporus. Baja ini juga dikenali sebagai CalPhos iaitu singkatan bagi calcium dan phosporus ataupun Water-soluble Calcium (WCA). Amat sesui digunakan semasa proses tumbesaran lebih-lebih lagi pada fasa peralihan kepada berbunga dan apabila buah sedang dalam proses tumbesaran (kecil ke matang). 

Bahan-bahan:
  1. Kulit Kerang/kulit telur
  2. Cuka asli (boleh juga gunakan cuka buatan) - Pekebun Sambilan (PS) guna cuka beras
  3. Bekas untuk menyimpan
Cara membuatnya:

  1. Bakar/goreng kulit kerang. PS masukkan semua kulit kerang dan kulit telur dalam oven bakar selama 1 jam. (** awas semasa proses pembakaran, baunya amat tidak menyenangkan hidung).
    Kulit kerang & telur akan menjadi rapuh setelah dibakar.
  2. Tumbuk kulit kerang dan telur, untuk menghancurkannya.
    Tumbuk kulit kerang
    Kulit kerang setelah ditumbuk
  3. Campurkan serbuk kulit kerang dan telur dengan cuka dengan nisbah 1:5.
    Nisbah tak betul, sebab cuka habis
  4. Peram campuran selama 20-30 hari.
  5. Tapis untuk dapatkan cecair baja.
Cara guna:
  • 1 sudu teh (atau 4 ml) cecair baja untuk 4 liter air atau dicairkan pada nisbah 1:1000
    • Fasa Peralihan: Sembur atau siram pada pokok supaya mendorong untuk berbunga, dan dapat menguatkan bunga.
    • Buah matang: Sembur atau siram pada buah/pokok supaya untuk menguatkan batang, daun, buah-buahan, dan untuk membuatkan buah menjadi lebih manis.  
  • Digunakan sebagai foliar spray, semburan halus (mist) pada daun/buah pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan daun terbakar (leaf burn) dan untuk membolehkan masa yang mencukupi untuk penyerapan sebelum penyejatan daripada permukaan daun.


    ** PS - Pekebun Sambilan 

    12 April 2014

    Perbezaan antara Selasih dan Kemangi


    selasih kamagi kemangi

    Mungkin ramai kawan-kawan di luar sana yang masih tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membezakan antara Selasih dan Kemangi/Kemagi. Pada dasarnya kedua-dua pokok ini beasal dari spesis yang sama iaitu keluarga O. basilicum (sumber: Wikipedia). Oleh kerana kedua-dua pokok ini berasal dari keluarga yang sama, basil, kita boleh lihat banyak persamaan dari segi fizikal kedua-dua pokok ini, seperti bentuk keseluruhan pokok, bentuk daun & bunga dan warna. Walaupun secara kasarnya bentuk luaran tumbuhan ini hampir sama. Jika kena gayanya, amat mudah sekali kita dapat membezakannya. Bak kata pepatah Melayu, "Hanya jauhari yang mengenal manikam".

    Dalam artikel untuk kali ini, Pekebun Sambilan (PS) akan lebih menumpukan kepada gambar. Bak kata omputeh "A picture is worth a thousand words". Mari kita lihat apakah beza kedua-dua tumbuhan ini.

    Warna Bunga

    Cara yang paling mudah untuk membezakan kedua-dua tumbukan ini adalah dengan melihat kepada bunga yang dihasilkan. Selasih: bunga warna ungu (kiri) dan Kenangi/Kemagi: bunga warna hijau (kanan). Mudah bukan? Lihat Gambar 1.

    selasih kamagi kemangi
    Gambar 1: Warna Bunga

    Mungkin ada yang bertanya. "Tapi bagaimana pula jika pokok saya masih belum berbunga lagi PS?". Jangan risau kita lihat klu yang kedua pula, bentuk daun.

    Bentuk & Struktur Daun

    Warna Daun
    Warna daun juga boleh dijadikan petunjuk untuk membezakan Antara selasih dan kemangi. Daun selasih lebih kepada hijau tua, dan bagi kemangi pula warnanya kebih kepada hijau muda dan agak kekuningan. Gambar 2 menunjukkan perbezaan warna selasih (kiri), kemangi (kanan).

    selasih kamagi kemangi
    Gambar 2: Selasih (kiri) & Kemagi (kanan)

    Struktur Daun: Berbulu Halus
    Untuk daun kemangi, stuktur daunnya agak berbulu jika dibandingkan dengan daun selasih. Rujuk Gambar 3. Dan jika diamati secara teliti keseluruhan pokok kemangi memiliki struktur berbulu, Gambar 1 juga menunjukkan bunga kemangi agak berbulu dibandingkan dengan bunga selasih.

    selasih kamagi kemangi
    Gambar 3: Kemangi (kiri) & Selasih (kanan)

    Struktur Daun: Urat
    Merujuk kepada Gambar 4, ia menunjukkan urat daun selasih (kiri) lebih besar dan jelas jika dibandingkan dengan daun kemangi (kanan).

    selasih kamagi kemangi
    Gambar 4: Urat Daun
    Struktur Daun: Bentuk Daun
    Bentuk daun Selasih dan Kemangi seakan-akan sama, agak bergerigi, dan sukar untuk membezakannya. Tetapi jika dilihat dengan teliti daun kemangi lebih bergerigi jika dibandingkan dengan daun selasih. Gambar 2.

    Tetapi daun selasih & kemagi tidaklah serbegerigi purple basil PS. Gambar 5.

    Gambar 5: Purple Basil
    Lagi satu ciri yang saya tidak dapat ditunjukkan melalui gambar ialah ketebalan daun,  perlu menggunakan deria sentuhan - tangan, kita akan dapat rasa bahawa daun selasih lebih tebal jika dibanding dengan daun kemangi.
      

    Bau

    Untuk petunjuk yang akhir sekali, PS tak dapat nak post gambarnya sebab anda kena guna deria bau untuk menentukan perbezaannya. Kemangi baunya seperti lemon/citrus sedikit. Mungkin itulah sebabnya omputeh panggil kemagi - lemon basil. Maaf untuk selasih, PS tidak tahu bagaimana untuk menerangkan baunya [tak tau mcm mana nak habaq - mcm bau selasih kot :)].




    31 March 2014

    Nak Beli Pokok Tin?

    http://pekebunsambilan.blogspot.com/2014/04/chef-jamie-oliver-vs-mcdonalds.html

    Anda berminat dan ingin menanam pokok tin atau fig (dalam Bahasa omputeh), ataupun teringin untuk merasa buah tin segar. Pekebun Sambilan (PS) ada berita baik. Kini impian anda boleh jadi kenyataan kerana penanaman buah dari syurga ini amat sesuai untuk iklim kita di Malaysia, dan kini ramai kawan-kawan di luar sana yang telah berjaya menanam buah tin/fig di bumi Malaysia. 

    Dalam post kali ini PS ingin menyentuh sedikit tentang buah tin/fig dan bagaimana anda boleh membeli tanaman ini, dan seterusnya menanam sendiri pokok tin di laman rumah/kebun anda.

    Buah Tin

    Di barat buah tin dikenali sebagai fig dan jika di negara jiran kita Indonesia ia lebih dikenali sebagai buah ara. Terdapat lebih kurang 4000 jenis (variety) buah tin yang ditanam di seluruh dunia, dan kebanyakannya ianya ditanam di Timur Tengah, Turki dan Mediterranean. Antara variety tin yang terkenal seperti Brown Turkey, Black Jack, Black Genoa, White Genoa dan Black Mission. Pokok tin/fig merupakan sejenis tumbuhan yang tahan kering (drought tolerant) dan memerlukan matahari penuh untuk menghasilkan kualiti buah yang baik. Oleh sebab itu pokok ini amat sesuai sekali ditanam di Malaysia dimana cuaca kita mempunyai lebih 10 jam sinaran matahari. 

    Tidak seperti buah tin yang kebiasaannya terdapat di Malaysia, iaitu, buah tin kering, yang kita boleh dapati di kedai-kedai yg menjual kurma dan barangan dari timur tengah – ataupun semasa bulan Ramadan. Buah tin segar lebih enak (serta amat mengiurkan) dan mempunyai lebih banyak vitamin dan serat berbanding buah tin yang dikeringkan. Jika anda lihat Gambar 1 (Sumber: Internet), memanag jelas perbezaan yang anda dapat lihat, dimana buah tin segar (kiri) lebih juicy dan lembut jika dibandingkan dengan buah tin kering (kanan). 

    Gambar 1: Buah Tin Segar / Kering (Sumber: Internet)

    ** Sekarang ni pun PS sedang mula berjinak-jinak dalam penanaman buah tin ini. PS akan berkongsi dengan kawan-kawan tentang pengalam PS dalam penanaman buah tin ini dari masa ke semasa.

    Macam Mana Nak Beli???

    Penanaman buah tin/fig di Malaysia masih baru, jadi benihnya agak terhad dan HOT ITEM!!. Jika anda betul-betul berminat untuk mendapatkan benih tin anda boleh ke Facebook "Pokok Tin ( Fig Plant ) Malaysia". Di sana anda boleh jumpa dengan penjual-penjual dari seluruh Malaysia yang ada menjual pokok buah tin.