Penanaman Asparagus Di Malaysia (Update)
Pada catatan kali ini Pekebun Sambilan (PS) akan update mengenai pokok asparagus yang pernah PS tulis dalam titipan blog sebelum ini - pautannya. Setelah hampir dua tahun PS tak menulis dan update mengenai penanaman pokok asparagus di Malaysia, ada pembaca yang ingin mengetahui tentang perkembangan pokok asparagus PS.
Jika pada blog yang lepas PS baru sahaja berjinak-jinak dalam penanaman asparaus di tanah rendah, tetapi selepas hampir dua tahun berkecimpong dalam penanaman asparagus, boleh PS katakan - tidak mustahil, bahkan agak mudah menanam asparagus di Malaysia ini!!. Dalam artikel pada kali ini PS akan bincangkan mengenai penjagaan pokok, serangga perosak dan pantang larang pokok asparagus. Jom bincangkan.
Penjaggaan Pokok
Secara asasnya, amat mudah sekali penjagaan pokok asparagus - sama sahaja seperti anda menjaga pokok serai, kunyit, ulam raja, cili, atau (Yah) kuchai dan yang sewaktu dengannya - tanam & tinggal, yang penting kita jaga air, baja dan sedikit perapian pokok (buang ranting, daun yang tua/mati | merumput | pencahayaan).
Jika anda biasa menanam pudina, kang-kong, bayam-brazil, kailan atau sayur-sayuran yang lain - lagilah mudah menjaga asparagus, kerana menjaga sayur-sayuran lebih rumit berbanding pokok-pokok seperti serai dan ulam raja.
Tetapi bagi mereka hanya menanam pokok hiasan seperti pokok bunga atau kaktus - anda mungkin akan terasa sedikit susah kerana menanam sayur ataupun pokok untuk di makan agak rumit sedikit berbanding pokok hiasan - perlu jaga baja, serangga perosak, pencahayaan dan air yang lebih teliti. Tapi jangan risau! tidaklah susah manapon menanam pokok sayur, kerana anda sudah ada asas dalam penanaman pokok.
Serangga Perosak
Ulat Bulu, Beluncas dan semua jenis Ulat-Ulatan
Ulat Bulu & Ulat XXX? |
Boleh Pembaca Tolong Komen Untuk Nama Ulat?. Ulat ini suka bertenggek di pokok dan memakan sulur dan daun muda. |
Belalang
Siput
Pantang Larang
Pada hemat PS yang baru dua tahun berkecimpong dalam penanaman asparagus tanah rendah ni, hanya satu sahaja pantang asparagus - PERSAIGAN. Jika anda mahu pokok asparagus yang di tanam hidup subur dan membesar bagai johan, JANGAN SEKALI-KALI TANAM POKOK LAIN DI SAMPING ASPARAGUS - kalau omputeh cakap, companion plants. Asparagus ni tak suka ber-Madu!!!
Pokok asparagus anda mugkin tidak akan mati jika anda memberikannya teman/madu, tetapi nanti penghasilan rebung atau sulur mudanya akan terbantut/kecil. Ini adalah melalui pengalaman PS sendiri dimana PS secara tidak sengaja tertanam pokok markisa di salah-satu tapak pokok asparagus. Akibatnya pokok asparagus PS (yang berkongsi tapak/tanah dengan markisa) mogok lapar dan hanya menghasilkan rebung yang kecil/kurus berbanding dengan asparagus yang sama umur dengannya. Tetapi setelah PS buang pokok markisa tersebut, asparagus PS mula mengeluarkan rebung/sulur muda yang lebih besar.
Untuk pantang yang satu ini, bukan la kritical sangat, tapi adalah lebih baik untuk dielakkan - POLISTRIN. Disebabkan PS duduk di rumah teres, dan hanya ada tanah sekangkang kera, kebanyakan pokok-pokok PS di taman di dalam pasu dan ada juga yang PS tanam di dalam polistrin. Untuk pokok herbs dan sayur kebiasaanya tiada masah untuk kita tanam di dalam polistrin, kerana akarnya yang halus dan pendek.
Tetapi tidak untuk pokok asparagus, jangan sekali-kali tanamnya di dalam polistrin kerana akarnya besar dan kuat akan menembusi polistrin dan menjalar (-jalar) keluar seperti gambar di bawah. Di sebabkan banyak akar yang keluar dari tanah dan tidak mendapat nutrient yang secukupnya rebung/sulur muda asparagus dari polistrin tidak sebesar rebung/sulur muda dari asparagus yang di tanam di tanah dan pasu, polibeg yang besar.
Akar yang keluar dari polistrin. Akarnya banyak terputus kerana lokasi yang dekat dengan laluan manusia, kuching & basikal. |
Sulur yang tidak berapa besar untuk asparagus yang sebaya dengannya. |
Akar-akar asparagus yang menjalar keluar dengan jayanya!!! |
Kesimpulan
Tidak mustahil dan agak mudah untuk menanam sayur exotique ini di iklim Malaysia kita. Yang penting hanyalah penjaggan yang sesuai dan rapi untuk setiap pokok. Pada masa sekarang sudah ramai pekebun yang telah berjaya dalam penanaman asparagus di Malaysia. Yang paling penting sekali di Malaysia kita boleh menikmati rebung asparagus sepanjang tahun, tidak seperti di negara empat musim.
** Part 1 : Penanaman Asparagus Di Malaysia