Baja kulit kerang atau telur kaya dengan kalsium dan phosporus. Baja ini juga dikenali sebagai CalPhos iaitu singkatan bagi calcium dan phosporus ataupun Water-soluble Calcium (WCA). Amat sesui digunakan semasa proses tumbesaran lebih-lebih lagi pada fasa peralihan kepada berbunga dan apabila buah sedang dalam proses tumbesaran (kecil ke matang).
Bahan-bahan:
- Kulit Kerang/kulit telur
- Cuka asli (boleh juga gunakan cuka buatan) - Pekebun Sambilan (PS) guna cuka beras
- Bekas untuk menyimpan
- Bakar/goreng kulit kerang. PS masukkan semua kulit kerang dan kulit telur dalam oven bakar selama 1 jam. (** awas semasa proses pembakaran, baunya amat tidak menyenangkan hidung).
Kulit kerang & telur akan menjadi rapuh setelah dibakar. - Tumbuk kulit kerang dan telur, untuk menghancurkannya.
Tumbuk kulit kerang Kulit kerang setelah ditumbuk - Campurkan serbuk kulit kerang dan telur dengan cuka dengan nisbah 1:5.
Nisbah tak betul, sebab cuka habis - Peram campuran selama 20-30 hari.
- Tapis untuk dapatkan cecair baja.
- 1 sudu teh (atau 4 ml) cecair baja untuk 4 liter air atau dicairkan pada nisbah 1:1000
- Fasa Peralihan: Sembur atau siram pada pokok supaya mendorong untuk berbunga, dan dapat menguatkan bunga.
- Buah matang: Sembur atau siram pada buah/pokok supaya untuk menguatkan batang, daun, buah-buahan, dan untuk membuatkan buah menjadi lebih manis.
- Digunakan sebagai foliar spray, semburan halus (mist) pada daun/buah pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan daun terbakar (leaf burn) dan untuk membolehkan masa yang mencukupi untuk penyerapan sebelum penyejatan daripada permukaan daun.
** PS - Pekebun Sambilan